Friday 13 September 2013

MAKAN UNTUK HIDUP VS MAKAN UNTUK SIHAT



‘MAKAN UNTUK HIDUP’ ungkapan itu seringkali kita dengar apabila melibatkan perkara yang kita makan. Kita perlu kepada makanan setiap hari untuk memperoleh tenaga bagi melakukan aktiviti harian. Namun begitu, adakah semua jenis makanan yang kita makan mengandungi zat makanan yang diperlukan? Apakah jenis nutrisi dan zat makanan yang diperlukan untuk mengekalkan badan supaya sentiasa sihat? 


Umum perlu tahu, badan kita memerlukan kesemua 7 jenis kelas (nutrisi) makanan (karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, air & pelawas) mengikut kadar tertentu bergantung kepada jantina, umur, saiz badan, aktiviti fizikal & cuaca. Kepentingan untuk mendapat 7 kelas makanan ini (gizi yang seimbang) untuk mengelakkan daripada pelbagai jenis penyakit yang boleh menjenguk kita secara sedar atau tidak sedar.
                                                        PIRAMID MAKANAN

Sekiranya terdapat nutrisi-nutrisi tertentu diambil secara berkurangan atau berlebihan atau diambil dengan kadar yang tidak betul maka, malnutrisi akan terjadi. Kebanyakan rakyat di Negara yang sedang membangun biasanya menghadapi masalah gizi yang tidak seimbang. Mereka tidak mampu memperoleh tenaga yang mencukupi untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang optimum. Mereka mengalami malnutrisi terutamanya kekurangan protein yang boleh memberi kesan yang ekstrem iaitu kwasyiorkor dan marasmus.

                                                         KWASYIORKOR

No comments:

Post a Comment